Kawasan Pelancongan River Cruise dan Bandar Melaka



Laluan Ke River Cruise dan Jalan Hang Tuah, Melaka

No 35 Jalan Puncak 1
Taman Puncak Bukit Katil, 
75450 Melaka
  1. Menuju ke timur dari Jalan Puncak 1 ke arah Jalan Puncak 4 - 140 m
  2. Belok kanan ke Jalan Tun Telani - 550 m
  3. Belok sedikit ke kanan ke Jalan Tun Hamzah - 350 m
  4. Ambil simpang pertama kanan masuk keJalan Bukit Katil - 1.7 km
  5. Belok kiri untuk bercantum ke Leboh Ayer Keroh - 3.6 km
  6. Belok ke kiri ke Jalan Mufti Haji Khalil - 1.0 km
  7. Teruskan masuk ke Jalan Taming Sari - 1.1 km
  8. Belok kanan ke Jalan Tun Mutahir dan terus ke River Cruise - 130 m
Homestay di Ayer Keroh
Utk warga Malaysia dewasa RM10.00 dan Kanak-kanak RM5.00



Menaiki River Cruise di Taman Rempah (berhampiran Masjid Pangkalan Rama)



Berkunjung ke Melaka dan menginap di homestay di bandar Melaka atau homestay di Ayer Keroh begitu juga homestay di Banda Hilir tidak akan lengkap sekiranya tidak menaiki river cruise. 

Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka dari Taman Rempah, Pangkalan Rama hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Bot akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Dianggarkan lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.

Ramai pengunjung menaiki bot menyusuri  Sungai Melaka pada waktu malam kerana pemandangan di sepanjang Sungai Melaka sangat menarik dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah yang merentasi sungai. Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.








Kampung Morten

Pengenalan
Kampong Morten
Kampong Morten satu-satunya Kg. Melayu
di Melaka yang terletak di Dalam Bandar 
  1. Satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.
  2. Dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain dari mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.
  3. Perkampungan ini telah wujud sejak tahun 1920-an lagi. Kampong Morten diasaskan oleh Dato Demang, dan diberi nama Kg Morten sempena mengambil nama Tuan J.F Morten iaitu salah seorang pengawai tanah British di Melaka. Kampong Morten ditubuhkan untuk memindahkan penduduk yang dipindahkan dari Kg Jawa oleh kerajaan British pada waktu itu.
  4. Kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka Dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.

Lokasi

  1. Berhadapan dengan sungai Melaka
  2. Bersebelahan dengan Plaza Hang Tuah

Aktiviti

  1. Banyak barang-barang antik yang dikekalkan dari zaman dulu
  2. Rumah yang terbina masih mengekalkan reka bentuk rumah melayu Melaka lama. 

Malacca River Pirate Park


Homestay di Ayer Keroh
Mereka yang berkunjung ke Melaka terutama yang menginap di Homestay di Melaka kini boleh menikmati Melaka River Pirate Park yang merupakan antara tarikan terbaru yang terdapat di persisir Sungai Melaka. Terdapat 3 tarikan utama di taman ini iaitu Ferris Wheel yang lebih dikenali sebagai Eye On Melaka, Pirate Ship dan Tramboline Bungee. Taman tema ini telah menjadi semakin popular di kalangan pengunjung luar dan dalam Melaka. 

Pelbagai aktiviti mingguan diadakan di sini. Antaranya ialah Magic Show, Badut, fire show, Live band, Unplugges, Pertandingan rock climbing dan banyak lagi.



UTC Melaka


Bangunan ini asalnya adalah Wisma Persekutuan yang
menenpatkan pejabat-pejabat persekutuan di Melaka
Kerajaan akan melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.

UTC dan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program Kerajaan  dapat memberi manfaat secara maksimum kepada Rakyat. UTC akan diperkenalkan di bandar utama di setiap negeri. Negeri Melaka telah  dipilih sebagai projek perintis dan lokasi pertama program UTC dan Kementerian Kewangan mengucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan seluruh jentera Pentadbiran Negeri Melaka atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program UTC ini.

Sebanyak 70 kementerian/agensi, kerajaan dan swasta serta NGO  telah membuka kaunter di UTC Melaka di bawah 10 kluster iaitu:

1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaa n
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti

10. Perkhidmatan Keselamatan
Share on Google Plus

About Muhalith Sanip

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment