Calon SPM 2012 Peroleh Semua Gred A Meningkat


15,793 calon SPM 2012 peroleh semua gred A meningkat 0.13 peratus berbanding 15,079 tahun 2011.

Jumlah calon SPM 2012 ialah seramai 472,541 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan seramai 415,530 calon, manakala 7,708 calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian dan 7,946 calon daripada sekolah menengah agama negeri.

Selain itu, seramai 11,309 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat dan 1,900 calon persendirian akan turut menduduki SPM 2012.

Daripada 15,793 yang mendapat semua gred A seramai 13,721 terdiri daripada calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

Seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Seramai 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak 27.5 peratus.

Tiga calon rabun dan dua calon lain-lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Bagaimanapun pencapaian keseluruhan calon turun sebanyak 0.04 mata berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatatkan 5.08 mata berbanding 5.04 mata tahun sebelumnya. Penurunan itu disebabkan bilangan mata pelajaran yang prestasinya menurun melebihi bilangan mata pelajaran yang prestasinya meningkat.

Berdasarkan GPN juga, pencapaian calon bandar menurun sebanyak 0.16 mata kepada 4.83 mata berbanding 4.67 mata tahun sebelumnya, manakala pencapaian calon luar bandar juga menurun 0.05 mata kepada 5.44 mata berbanding 5.39 mata tahun sebelumnya. Penurunan pencapaian calon luar bandar yang lebih kecil menyebabkan jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.61 mata, berbanding 0.72 mata tahun sebelumnya.
Share on Google Plus

About Ben Noh

Kami menyediakan Homestay di Bukit Katil dekat dengan Ayer Keroh dan Di Taman Kesidang, Lorong Pandan di Bandar Melaka dan dekat dengan Bandar Hilir dan Klebang. Hubungi kami di 019-6507363 untuk penginapan homestay yang selesa, dekat dengan tempat menarik dan harga yang cukup berpatutan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment