Ads

PM Akan Lancarkan Laporan Tahunan Program Tranformasi Nasional 19 Mac 2013

Laporan Transformasi Nasional
PM Datu Seri Najib Tun Abd Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional (NTP) 2012 pada Selasa.

Laporan tahunan itu merangkumi hasil daripada inisiatif di bawah kedua-dua Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pelancaran itu akan disiarkan secara langsung daripada Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini.

GTP yang diilhamkan oleh Perdana Menteri dan dilaksanakan di bawah bidang kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), seiring dengan moto 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

Terdapat tujuh NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) di bawah GTP.

Ia adalah mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, menambah baik pendidikan, pembangunan luar bandar serta pengangkutan awam bandar dan meningkatkan standard kehidupan isi rumah pendapatan rendah serta menangani kos hidup.

Sementara itu di bawah ETP, usaha menyeluruh untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, Pemandu telah menetapkan 12 NKEA atau Bidang Ekonomi Utama Negara.

Bidang-bidang tersebut ialah minyak, gas dan tenaga, minyak sawit dan getah, perkhidmatan kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, elektrik dan elektronik, borong dan runcit, pendidikan, penjagaan kesihatan, kandungan komunikasi dan prasarana, pertanian, dan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Enam Inisiatif Reformasi Strategik (SRI) juga dibentuk oleh Pemandu.

Inisiatif tersebut yang merangkumi langkah-langkah dasar yang akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif terdiri daripada persaingan, standard dan liberalisasi, peranan kerajaan dalam perniagaan, pembangunan modal insan, penyediaan perkhidmatan awam, merapatkan jurang perbezaan dan melakukan transformasi kewangan awam.

Pemandu ditubuhkan secara rasmi pada 16 Sept, 2009 dan merupakan unit yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Peranan utama dan objektif Pemandu ialah untuk mengawasi pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah serta menyokong penyediaan dan memacu kemajuan GTP dan ETP.

-- BERNAMA

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

Like Page Kami