Homestay dPuncak Bukit Katil - Terma dan Syarat



Homestay dPuncal Bukit Katil



  1. Setiap tempahan perlu di bayar deposit sebanyak RM50.00. Tempahan yang dibuat tanpa deposit tidak dapat dijamin kekosongan homestay pada tarikh yang dikehendaki
  2. Dilarang sama sekali melakukan aktiviti yang ditegah syarak dan juga undang-undang.
  3. Check-in Pukul 2.00 ptg dan check-out jam 12.00 tgh. ** "Kebenaran Check-in awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya pada tarikh dan masa tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk menginap di Homestay dan bayaran tambahan akan dikenakan".
  4. Hanya makanan yang HALAL sahaja dibenarkan di bawa atau dimasak di homestay ini.
  5. Binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali di bawa ke dalam homestay. Kami berhak membatalkan sewaan sekiranya terdapat penyewa yang membawa binatang peliharaan.
  6. Tetamu hendaklah sedia maklum bahawa dPuncak Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis.
  7. dPuncak Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam homestay.
  8. Tetamu adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj,kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
  9. Dasar jiran yang baik. Tetamu tidak dibenarkan membuat bising, membuat parti, menyanyi, menari memandangkan dPuncak Homestay terletak dalam kawasan perumahan dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.

Share on Google Plus

About Ben Noh

Kami menyediakan Homestay di Bukit Katil dekat dengan Ayer Keroh dan Di Taman Kesidang, Lorong Pandan di Bandar Melaka dan dekat dengan Bandar Hilir dan Klebang. Hubungi kami di 019-6507363 untuk penginapan homestay yang selesa, dekat dengan tempat menarik dan harga yang cukup berpatutan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment