Soalan Lazim

Soalan 1.

Homestay dPuncak ada berapa bilik tidur?

Homestay dPuncak mempunyai 3 bilik tidur dan dua bilik air. Bilik tidur utama dilengkapkana dengan katil Queen Size dan mempunyai aircond. Bilik 2 dan bilik 3 juga dilengkapkan dengan katil queen size an kipas angin. Bilik tidur utama juga mempunyai attached bathroom.

Soalan 2.

Berapa ramai orang boleh menginap di homestay?

Kami tidak menghadkan jumlah tetamu, kalau ramai kami juga ada tilam dan bantal tambahan. Walau bagaimanapun kalau lebih dari 7 orang kami tak dapat jamin keselesaan sebab homestay hanya mempunyai 3 bilik sahaja.

Soalan 3.

Berapa banyak kereta boleh parking?

3 buah kereta. 2 kereta parking dalam dan 1 kereta parking di luar.

Soalan 4.

Kami bukan orang Melaka, jadi kami tak tahu nak ke Homestay.

Homestay dPuncak amat mudah untuk di temui. Kalau anda melalui lebuhraya utara selatan sebaiknya anda keluar di tol Ayer Keroh. Selepas keluar tol, jalan terus kira-kira 7 km akan jumpa simpang 4 berlampu isyarat. Di sebelah kirinya sebelum lampu isyarat World Youth Hotel, ambil susur kiri dan belok ke Bukit Katil. Kira-kira 600 meter jumpa bulatan teruskan perjalanan dan ambil lorong sebelah kanan. Kira-kira 300 meter jumpa simpang tiga berlampu isyarat dan belok kanan. Teruskan memandu kira-kira 2 km jumpa simpang 4 berlampu isyarat dan ambil lorong paling kanan. Belok kanan ke Kg. Tun Razak. Kira-kira 1 km jumpa simpang 4 belok kiri dan terus memandu kira-kira 1 km di sebelah kanan selepas Institut Latihan Perindustrian anda akan jumpa Taman Puncak. Belok Kanan adan terus memandu kira-kira 300 meter anda akan jumpa homestay dPuncak di No. 35, Jalan Puncak 1, Taman Puncak. Rumah di sebelah kiri anda, pagar berwarna hijau.

Soalan 5.

Kalaua kami nak masak, boleh tak?

Boleh. Kami memang sediakan peralatan memasak dan juga pingan mangkuk untuk makan. Tong gas dan dapur gas dua tungku juga disediakan.

Soalan 6.

Berapa sewa semalam?

Kadar sewa kami amat berpatutan. Kadar sewa sehari semalam ialah RM170.00. 
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment