Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Johor Yang Baru

dipuncakbukitkatil.blogspot.com
Datuk Seri Mohamed Khaled terima watikah
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru hari ini menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995.

Mohamed Khaled yang juga bekas menteri pengajian tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di Johor Baharu kira-kira 10.40 pagi ini.

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah sembilan Adun daripada Barisan Nasional (BN) bagi mengisi sembilan jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Mohamed Khaled ketika berucap pada majlis angkat sumpah itu berkata beliau bersyukur atas kepercayaan yang diberikan Sultan Johor untuk memegang jawatan Menteri Besar Johor.

Sembilan Adun yang dilantik sebagai anggota Exco termasuk dua yang dilantik semula serta seorang wakil rakyat daripada MCA yang dilantik sendiri oleh Sultan Johor bagi mewakili masyarakat Cina di Johor.

Sultan Johor mempunyai hak melantik sendiri anggota exco kerajaan negeri di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

MCA sebelum ini memutuskan untuk menolak sebarang jawatan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRU13.

Mereka yang dilantik semula sebagai anggota Exco ialah:

  1. Md Jais Sarday (DUN Mahkota) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi 
  2. Asiah Ariff (DUN Johor Lama) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga.
  3. Datuk Tee Siew Kiong (DUN) Pulai Sebatang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan.
  4. Hasni Mohamad (Benut) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 
  5. R.Vidyanathan (DUN Kahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia.
  6. Abdul Mutalib Abdul Rahim (DUN Layang-Layang) pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama, 
  7. Latif Bandi (DUN Endau) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 
  8. Ismail Mohamad (DUN Bukit Serampang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani.
  9. Datuk Zulkurnain Kamisan (DUN Sri Medan) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.


Share on Google Plus

About Ben Noh

Kami menyediakan Homestay di Bukit Katil dekat dengan Ayer Keroh dan Di Taman Kesidang, Lorong Pandan di Bandar Melaka dan dekat dengan Bandar Hilir dan Klebang. Hubungi kami di 019-6507363 untuk penginapan homestay yang selesa, dekat dengan tempat menarik dan harga yang cukup berpatutan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment