Melaka memang cukup terkenal dengan ikan bakar. Memang kalau
bercuti di Melaka tak sah kalau tak makan ikan bakar. Ikan bakar Melaka selain
asam pedas adalah antara masakan istimewa yang menjadi kegemaran pelancong yang
datang ke Melaka.
Ikan Bakar
Terdapat banyak medan ikan bakar di Melaka yang menjadi
tumpuan pelancong terutama di hujung minggu dan musim cuti panjang seperti cuti
sekolah. Antara medan ikan bakar yang sering menjadi tumpuan ialah di Serkam,
Umbai, Crystal Bay, Muara Sungai Duyung dan Pengkalan Balak. Terdapat satu lagi
kedai ikan bakar yang terkenal di Melaka ini iaitu ikan bakar Malim yang
terletak di Malim dan MITC.
Waktu perniagaan adalah dari petang hingga malam kecuali
ikan bakar Malim yang di buka pada waktu siang.
Medan ikan bakar Crystal Bay terkenal dengan ikannya yang
fresh tapi harganya murah. Ikan dihidang samada dalam bentuk ikan bakar, ikan
kukus atau ikan tiga rasa. Selain dari ikan, terdapat juga makanan lain yang di
hidangkan di sini antaranya:
- Siakap
- Pari
- Kembung
- Kerapu
- Merah
- udang
- Sotong
- Ketam
Lala, kerang/siham, pahat, dan sebagainya dan banyak lagi menu yang terdapat disini. Ikan bakar biasanya dihidangkan dengan nasi lemak. Jadi
sesiapa yang hendak makan ikan bakar dengan nasi putih memang tidak ada di
sini.
Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung |