Ikan Bakar Sedap di Melaka

Homestay dPuncak Bukit Katil
Melaka memang cukup terkenal dengan ikan bakar. Memang kalau bercuti di Melaka tak sah kalau tak makan ikan bakar. Ikan bakar Melaka selain asam pedas adalah antara masakan istimewa yang menjadi kegemaran pelancong yang datang ke Melaka.

Ikan Bakar

Terdapat banyak medan ikan bakar di Melaka yang menjadi tumpuan pelancong terutama di hujung minggu dan musim cuti panjang seperti cuti sekolah. Antara medan ikan bakar yang sering menjadi tumpuan ialah di Serkam, Umbai, Crystal Bay, Muara Sungai Duyung dan Pengkalan Balak. Terdapat satu lagi kedai ikan bakar yang terkenal di Melaka ini iaitu ikan bakar Malim yang terletak di Malim dan MITC.

Waktu perniagaan adalah dari petang hingga malam kecuali ikan bakar Malim yang di buka pada waktu siang.

Medan ikan bakar Crystal Bay terkenal dengan ikannya yang fresh tapi harganya murah. Ikan dihidang samada dalam bentuk ikan bakar, ikan kukus atau ikan tiga rasa. Selain dari ikan, terdapat juga makanan lain yang di hidangkan di sini antaranya:
  • Siakap
  • Pari
  • Kembung
  • Kerapu
  • Merah
  • udang
  • Sotong
  • Ketam

Lala, kerang/siham, pahat, dan sebagainya dan banyak lagi menu yang terdapat disini. Ikan bakar biasanya dihidangkan dengan nasi lemak. Jadi sesiapa yang hendak makan ikan bakar dengan nasi putih memang tidak ada di sini.

Homestay dPuncak Bukit Katil
Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Medan Ikan Bakar Umbai



Share on Google Plus

About Ben Noh

Kami menyediakan Homestay di Bukit Katil dekat dengan Ayer Keroh dan Di Taman Kesidang, Lorong Pandan di Bandar Melaka dan dekat dengan Bandar Hilir dan Klebang. Hubungi kami di 019-6507363 untuk penginapan homestay yang selesa, dekat dengan tempat menarik dan harga yang cukup berpatutan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment