Ads

Tempat menarik Di Bandar Hilir - Muzium Samudera


Museum Samudera adalah antara tempat menarik yang terdapat di Bandar Hilir terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.

Muzium Samudera
Muzium Samudera Bandar Hilir

Museum ini dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Fokus utama museum ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Dengan muatan yang penuh dengan barang-barang berharga diambil dari Melaka, kapal itu tenggelam dan kekal di situ sehinggalah usaha mencari harta warisan Melaka dilaksanakan. Di museum ini pelawat boleh melihat dengan lebih dekat lagi kemasyhuran kesultanan Melaka pada kurun ke-14 hingga ke era Portugis, Belanda dan Inggeris. Terdapat juga pameran kapal-kapal asing yang pernah berlabuh di Melaka sewaktu zaman kemakmurannya. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

Like Page Kami