- Setiap tempahan perlu di bayar deposit sebanyak RM50.00. Tempahan yang dibuat tanpa deposit tidak dapat dijamin kekosongan homestay pada tarikh yang dikehendaki
- Dilarang sama sekali melakukan aktiviti yang ditegah syarak dan juga undang-undang.
- Check-in Pukul 2.00 ptg dan check-out jam 12.00 tgh. ** "Kebenaran Check-in awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya pada tarikh dan masa tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk menginap di Homestay dan bayaran tambahan akan dikenakan".
- Hanya makanan yang HALAL sahaja dibenarkan di bawa atau dimasak di homestay ini.
- Binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali di bawa ke dalam homestay. Kami berhak membatalkan sewaan sekiranya terdapat penyewa yang membawa binatang peliharaan.
- Tetamu hendaklah sedia maklum bahawa dPuncak Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis.
- dPuncak Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam homestay.
- Tetamu adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj,kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
- Dasar jiran yang baik. Tetamu tidak dibenarkan membuat bising, membuat parti, menyanyi, menari memandangkan dPuncak Homestay terletak dalam kawasan perumahan dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.
Homestay dPuncak Bukit Katil - Terma dan Syarat
0
4:40 PM