Parlimen di bubar esok

English: The Parliament of Malaysia taken by M...
English: The Parliament of Malaysia taken by Mohd Hafiz Noor Shams, User __earth. Taken on April 22, 2006. Viewed from Jalan Parlimen. http://maddruid.com/?p=1191 (Photo credit: Wikipedia)
Parlimen di bubar esok? Entahlah bila agaknya parlimen di bubar untuk membolehkan PRU 13 di adakan. Tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia sehingga kini masih lagi menjadi teka-teki. 

Datuk Seri Najib Razak sepatutnya membubarkan Parlimen mengikut berakhirnya tempoh lima tahun penggal Parlimen, bukannya mengikut Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat 50 hari lagi.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan menyebut: “Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.”

Katanya, Parlimen ke-12 dipilih pada 8 Mac 2008 iaitu hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dan mesyuarat pertama Parlimen diadakan pada 28 April, 2008.

Kalau diteliti dari kenyataan Lim Kit Siang, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013. Sama-samalah kita tunggu tarikh yang akan menentukan siapakah yang akan menerajui negara kita kelak.
Enhanced by Zemanta
Share on Google Plus

About Ben Noh

Kami menyediakan Homestay di Bukit Katil dekat dengan Ayer Keroh dan Di Taman Kesidang, Lorong Pandan di Bandar Melaka dan dekat dengan Bandar Hilir dan Klebang. Hubungi kami di 019-6507363 untuk penginapan homestay yang selesa, dekat dengan tempat menarik dan harga yang cukup berpatutan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment