![]() |
Masjid Selat terletak di Pulau Melaka |
Masjid Selat Melaka, Masjid di atas laut Selat Melaka ini dibina di tepi laut Selat Melaka yang terkenal itu. Selat paling sibuk di dunia, banyak kapal kapal tanker lalu lalang membawa minyak mentah di Selat Melaka dan Selat Singapura.
Masjid ini di bina atas inisiatif Kerajaan Negeri Melaka di atas tapakn Pulau buatan iaitu di Pulau Melaka. Masjid yang dibina dengan anggaran kos sebanyak 10 juta itu dibina di tepi pantai yang sama paras dengan aras laut dan ianya kelihatan terapung bila air pasang. Majlis perasmian masjid ini disempurnakan oleh Yang DiPertuan Agong pada 24 November 2006.
Stadium Hang Jebat - 15.6 km, 21 min
![]() |
Stadium Hang Jebat, Melaka boleh memuatkan 40,000 penonton |
- Padang Bola Sepak
- Gelanggang Sepak Takraw
- Gelanggang Bola keranjang
- Trek dan Padang
- Litar Motosikal Mini
- Tapak Lompat Jauh dan Lompat Tinggi
- Peralatan padang juga tersedia untuk disewa
Perigi Hang Tuah - 5.2 km, 9 min
Perigi ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya. Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang.
![]() |
Some rights reserved by amrufm |
A Famosa Water World, Alor Gajah - 36.8 km, 35 min
Seri Negeri, Ayer Keroh - 4.5 km, 6 min