English: The Parliament of Malaysia taken by Mohd Hafiz Noor Shams, User __earth. Taken on April 22, 2006. Viewed from Jalan Parlimen. http://maddruid.com/?p=1191 (Photo credit: Wikipedia) |
Datuk Seri Najib Razak sepatutnya membubarkan Parlimen mengikut berakhirnya tempoh lima tahun penggal Parlimen, bukannya mengikut Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat 50 hari lagi.
Ketua
Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Perkara 55(3) Perlembagaan
Persekutuan menyebut: “Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu,
Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun daripada tarikh
mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.”
Katanya,
Parlimen ke-12 dipilih pada 8 Mac 2008 iaitu hari mengundi Pilihan Raya
Umum ke-12 (PRU-12) dan mesyuarat pertama Parlimen diadakan pada 28
April, 2008.
Kalau diteliti dari kenyataan Lim Kit Siang, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013. Sama-samalah kita tunggu tarikh yang akan menentukan siapakah yang akan menerajui negara kita kelak.